Mario Monti
Mario Monti

Mario Monti

Mario Monti (sebutan bahasa Itali: [ˈmaːrjo ˈmonti]; dilahirkan pada 19 Mac 1943) merupakan ahli ekonomi Itali yang menjadi Perdana Menteri Itali, dan juga Menteri Ekonomi dan Kewangan, sejak November 2011.[1] Beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Eropah dari 1995 hingga 2004, dengan tanggungjawab kepada Pasaran Dalaman, Perkhidmatan, Kastam dan Cukai dari 1995 hingga 1999 dan kemudiannya untuk Persaingan dari 1999 hingga 2004. Beliau juga menjadi Rektor dan Presiden Universiti Bocconi. Beliau dilantik Senator for Life dalam Senat Itali pada 9 November 2011, dan tidak lama selepas itu diundang oleh Presiden Giorgio Napolitano untuk mengetuai kerajaan baru di Itali berikutan peletakan jawatan Silvio Berlusconi.[2]